Terdapat dua perkara yang penting dalam pelajaran ini, pertama 'ilmu dan yang kedua zikir. Ada banyak hadis-hadis nabi memberatkan kedua-dua ini misalannya dalam sebuah hadis nabi s.a.w. bersabda" Awas! dunia ini dan segala isinya telah dikutuk oleh Allah s.w.t. melainkan sembahyang, zikir, 'ulama dan penuntut-penuntut 'ilmu agama. Oleh yang demikian tiap-tiap muslim mesti berusaha untuk meninggikan 'ilmu pengetahuannya dan membanyakkan zikir".
Ilmu
Ilmu yang disukai oleh Allah s.w.t. ialah ilmu
yang mendekatkan manusia kepadanya. Ilmu yang mensucikan dan menguatkan
keimanan seseorang itu sangat-sangatlah diwajibkan ke atas setiap lelaki
mahupun perempuan. Apabila setiap hamba Allah s.w.t. menyerahkan dirinya
bulat-bulat kepada Allah s.w.t. dan telah berjanji hendak menunaikan segala
perintahnya, dia terpaksa mengetahui dan memahami perintah-perintah tadi. Ini memerlukan
pengetahuan mengenai solah, puasa, dan haji, perhubungna manusia dengan
manusia, kebudayaan islam dan lain-lain lagi. Kejahilan tentang perkara-perkara
tadi sudah tentu akan mendorong seseorang muslim kea rah perbuatan yang
dianggap berdosa. Selepas ia mendapat ilmu yang tersebut tadi, dia mestilah
mengamalkannya. Menurut sebuah hadis, azab yang pedih akan tertimpa kepada
penuntut-penuntut agama yang tidak mengamalkan apa yang telah dipelajarinya.
Kelebihan penuntut-penuntut ilmu
Ada banyak hadis yang menyanjung tinggi
penuntut-penuntut agama. Pertama “ sesiapa yang memimpin seorang muslim ke jalan
yang lurus, dia sesungguhnya telah menunaikan perintah-perintah Allah s.w.t “. Hadis
yang kedua “ seseorang muslim yang mempunyai pengetahuan yang lengkap mengenai
islam lebih berbahaya kepada syaitan daripada seribu orang aa’bid “. Hadis yang
ketiga “ seorang yang menemui ajalnya sebaik-baik sahaja dia melengkapkan
dirinya dengan pengetahuan agama akan mencapai darjat yang setingkat sahaja lebih
rendah daripada ambiyaa’ a.s. dalam syurga”. Hadis yang keempat “ sebaik-baik
kamu ialah dia yang telah mempelajari isi Al-Quran dan mengajarinya kepada
orang lain”. Hadis yang penghabisan : “ semuga Allah s.w.t. segerakan dan
sihatkan orang yang telah mendapat pelajaran daripada aku dan kemudian
menyampaikan kepada orang lain sebagaimana yang telah aku sampaikan kepadanya.
Meninggalkan rumah kerana menuntut ilmu
Berkenaan dengan perkara di atas, nabi
s.a.w. telah berkata:” sesiapa yang meninggalkan rumahtangganya kerana hendak
menuntut ilmu mengenai agama islam, dia akan di permuliakan sebagai orang yang
telah berjihad ke jalan Allah s.w.t.”.
Layanan dan pertolongan yang selayaknya
diterima oleh penuntut-penuntut islam
Nabi s.a.w. telah berpesan kepada para
sahabatnya:” sudah tentu bahawa jenerasi yang akan dating akan mengikuti kamu
sebagaimana telah mengikuti aku. Selepas aku akan dating manusia dari
tempat-tempat yang jauh untuk mempelajari ilmu agama. Apabila mereka lawati
kamu, layanilah mereka dengan sebaik-baiknya”.
Kelebihan perhimpunan penuntut-penuntut
agama
Telah berkata nabi s.a.w. dalam sebuah hadis:”
apabila orang-orang berkumpul dirumah Allah s.w.t. iaitu dimasjid lalu membaca
kitab Allah s.w.t. diberkati dengan ketenteraman jiwa dan rahmat Allah s.w.t..
Para malaaikat mengelilingi mereka dan mereka diingati oleh Allah s.w.t.
Zikir
Bahagian kedua daripada pelajaran ketiga
ialah zikir. Darjat zikir yang paling tinggi diperolehi oleh orang yang beriman
yang sentiasa mengabdikan dirinya kepada Allah s.w.t. serta mengingatinya
setiap waktu. Ini dapat dicapai dengan menjalankan segala perintah agama. Orang
yang telah menyedari tentang keutamaan zikir tidak akan meninggalkannya walau
sesaatpun. Mengenai kelebihan zikir nabi s.a.w. telah berkata kepada seorang
sahabat:” sibukkanlah lidah kamu sengan menyebut nama-nama Allah s.w.t. “.
Dalam sebuah hadis yang lain, beliau telah bersabda : “ apabila sekumpulan
manusia bersurai dengan tidak mengingati Allah s.w.t., mereka telah tadinya
duduk di keliling seekor keldai yang telah mati. Perkumpulan itu akan mendatangkan
dukacita kepada mereka di hari kiamat”.
Orang yang sebenarnya beriman sepatutnya
mengingati Allah s.w.t. setiap masa. Dengan memikirkan segala kejadian Allah
s.w.t. dengan membesarkannya dan dengan demikian menguatkan lagi perasaan cinta
kepadaNya. Lebih banyak mereka mengingati Allah s.w.t. maka lebih banyaklah
pula kebaikkan-kebaikkan yang mereka akan lakukan. Dengan ini keimanan mereka
akan menjadi bertambah teguh. Sekiranya doa-doa yang diajari oleh Rasullullah
s.a.w. seperti doa sebelum tidur, doa selepas bangun tidur, doa sebelum dan
selepas makan, doa memasuki rumah dan keluar dari rumah, doa melakukan
perjalanan dan kembali darinya, doa menaiki kenderaan, doa memasuki sebuah pekan
atau bandar dan lain-lainnya diamalkan, nescaya usaha mengigati Allah s.w.t.
akan bertambahsenang. Segala masa lapang kita mesti dipergunakan untuk
membayakkan zikir Allah. Sepatutnya suatu masa yang tertentu, pada tiap-tiap
hari dikhaskan untuk bacaan Al-Quran. Bagi orang yang tidak ada masa untuk
membaca zikir-zikir di atas, dia sekurang-kurangnya membaca kalimah Toyyibah
dan beristighfar pada setiap pagi dan petang. Tetapi orang yang seperti ini
mesti ingat masa yang dipergunkan untuk berzikir bukanlah masa yang terbuang
dengan sia2 sahaja. Apalah ertinyamasa yang dihabiskan itu kalau dibandingkan
dengan ganjaran yang bakal diterima pada hari kemudian kelak.
Keutamaan zikir
Ada beberapa hadis jyang menerangkan
keutamaan zikir. Hadis pertama: “ zikir membersihkan dan menerangi jiwa”, hadis
kedua: “ zikir melebihi sesuatu yang lain dalam perkara melepaskan manusia dari
azab Allah s.w.t. “. Hadis ketiga : “ dikalangan orang yang tidak mengigati
Allah s.w.t., orang yang berzikir itu seperti sebuah lampu yang terang disebuah
rumah jyang galap”. Hadis keempat :” orang yang memperbayakkan zikirullah lebih
disukai daripada orang yang mendermakan hartanya dijalan Allah s.w.t. “.