Monday, April 23, 2012

Solah Khusyu' dan Khudu'


Selepas seseorang muslim itu mengucapkan kalimah Toyyibah, dia telah membuat pengakuan hendak menunaikan segala perintah Allah s.w.t.. Salah satu daripada perintah-perintah Allah s.w.t. ialah bersembahyang lima waktu sehari semalam yang mesti dilakukan oleh setiap lelaki dan perempuan. Dengan lain perkataan, mereka yang melakukan solah telah menunaikan janjinya terhadap Allah s.w.t. terhadap kalimah tadi. Sebaliknya mereka yang tidak melakukan melakukan solah telah memungkiri janjinya keplada Allah s.w.t.. Mengenai golongan yang kedua ini nabi besar kita Muhammad s.a.w. telah bersabda " Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, dia sesungguhnya telah kufur dengan nyata" dalam lagi sebuah hadis, beliau bersabda " Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang dia akan dibangkitkan pada hari kiamat bersama-sama Qooruun, Fir'uun, Hamaam dan munafik yang masyhur Ubai bin Kholaf.

Selain daripada kalimah Toyyibah, sembahyang adalah amalan yang paling afdhal. Menurut sebuah hadis, perkara pertama yang diperhitungkan pada hari kiamat ialah sembahyang. Jikalau seorang hamba Allah s.w.t. telah melakukan sembahyang sengan sempurna, dia akan menerima ganjaran yang telah dijanjikan untuknya. Sebaliknya jika sembahyangnya tidak sempurna iaitu tidak mengikut garisan-garisan yang tidak ditentukan oleh nabi s.a.w. dia akan termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi. Oleh yang demikian seorang muslim itu sepatutnya melakukan solah plada waktu-waktu yang ditentukan agar dia termasukkan dalam golongan orang-orang yang beruntung.


Semasa melakukan sembahyang, bacaan-bacaan di dalam sembahyang hendaklah diingati dengan baiknya agar tidak melakukan apa-apa kesalahan. Segala syarat-syarat fardhu dan sunatnya mestilah diketahui dengan betul supaya sembahyang yang kita lakukan itu sempurna dan diterima oleh Allah s.w.t.


Satu kelebihan sembahyang yang penting adalah semua anggota kita iaitu tangan, kaki, kepala, pinggang, hidung, dahi, dan lain-lainnya melakukan gerak-geri sebagai menunaikan perintah Allah s.w.t. kalau seorang muslim melakukan sembahyangnya dengan mengikut syarat-syaratnya yang tertentu anggota-anggota yang tadi bergerak-gerak mengikut perintah Allah s.w.t sudah barang tentu tidak akan bergerak-gerak pula melakukan kejahatan diluar sembahyang.



Ada tersebut di dalam Al-Quran bahawa sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan-perbuatan yang jahat. Dalam Al-Quran juga terdapat berpuluh-puluh ayat yang menggesa orang-orang yang beriman supaya melakukan sembahyang. Nabi s.a.w. juga telah menceritakan perkara ini di dalam hadis-hadis beliau yang menunjukkan betapa pentingnya sembahyang. Menurut beliau dosa yang dilakukan di antara sembahyang dan sembahyang yang lain akan diampunkan. Kata beliau lagi jikalau berdekatan dengan rumah seseorang itu terdapat sebuah anak sungai dimana dia mandi sebanyak lima kali setiap hari, maka sudah tentu tidak ada sebarang kotoran pun dibadannya. Demikian pulalah dengna sembahyang yang dilakukan sebanyak lima kali dalam sehari. Orang yang melakukannya akan membersihkan dirinya daripada dosa-dosa yang dilakukannya. Dalam sebuah hadis yang lain nabi s.a.w. bersabda “ Apabila anak-anak kamu telah berumur tujuh tahun, gesalah mereka supa melakukan ibadat sembahyang, tetapi apabila umur mereka telah meningkat sepuluh tahun, pukullah mereka supaya melakukan sembahyang”.

Sembahyang berjemaah


Telah berkata nabi s.a.w. dalam hadisnya “kelebihan sembahyang berjemaah berbanding dengan sembahyang bersendirian adala sebanyak 27 kali”. Tersebut dalam sebuah hadis yang lain bahawa rasullullah s.a.w. bahawa satu ketika hendak membakar rumah orang yang tidak hadir ke masjid untuk sembahyang berjemaah. Tetapi baginda akhirnya tidak melakukan demikian kerana mengigatkan kaum wanita dan kanak-kanak kecil yang mendiami rumah itu. Kata Ibnu Mas’ud r.a. “ Pada zaman nabi s.a.w. hanya orang-orang yang munafik sahaja yang berani meninggalkan sembahyang berjemaah”. Dalam sebuah hadis yang lain “ sembahyang Isya’ secara berjemaah menyamai ibadat separuh daripada malam dan sembahyang subuh secara berjemaah menyamai iabadat seluruh daripada malam”.

Cara-cara berukuk dan bersujud


Dalam sebuah hadis nabi s.a.w. telah bersabda “ Allah s.w.t. tidak menghiraukan sembahyang orang yang tidak menegakkan pinggangnya”, iaitu orang yang melakukan sembahyang secara malas”.dalam sebuah hadis yang lain pula sabdanya “ pencuri yang paling keji ialah pencurian dalam sembahyang” sahabat bertanya “ apa dia pencurian dalam sembahyang ya Rasullullah s.a.w. ?“. Jawab baginda “ pencurian dalam sembahyang adalah melakukan rukuk dan sujud tanpa tomaninah.

Sembahyang diluar waktu


Menurut nabi s.a.w. “ hanya orang munafik sahaja yang melambat-lambatkan sembahyang dan menunggu-nunggu sehingga matahari terbenam. Apabila hari telah gelap dia bangun menunaikannya. Orang seperti ini tidak mengigati Allah.s.w.t.