Saturday, May 26, 2012

Melapangkan waktu



Seorang yang beriman itu sepatutnya menggunakan masa lapangnya untuk menyebarkan perintah-perintah Allah s.w.t. Kalau boleh, dia sepatutnya meninggalkan rumah tangganya, sanak familinya mahupun tanah airnya sekali pun, untuk menjalankan tugas yang suci murni ini. Semasa menjalankan tugas-tugas ini, dia metilah mengamalkan segala pelajaran-pelajaran yang dia pelajari. Dia sebaik-baiknya meninggalkan segala urusan-urusan duniawi dan mengabungkan dirinya dalam kumpulan penyebar-penyebar islam memimpin manusia kejalan yang lurus.

Tugas yang berat ini, yang dulu dipikul oleh anbiyaa’ a.s., kini dibebankan ke atas kaum muslimin. Nabi s.a.w. telah mengalami lpelbagai aneka jenis penderitaan dan kesusahan untuk menyiarkan agama Allah s.w.t.. Oleh yang demikian, orang-orang islam yang hendak menjalakan dakwah islamiyah pada masa ini seplatutnya ridha mengalami sedikit kesusahan dan membuat apa sahaja pengorbanan. Dengan lain-lain perkataan mereka mestilah bersedia mengikut jejak langkah baginda s.a.w.

Sahabat-sahabat nabi s.a.w. menyedari akan kehendak tabligh. Maka oleh sebab itulah mereka sanggup menderita di dunia ini kerana semata-mata mengharapkan ganjaran Allah s.w.t. dikampung akhirat. Mereka lebih suka menderita kerana agama Allah s.w.t. daripada hidup berenak-enak. Terkadang-kadang mereka terpaksa makan daun-daun kayu, sebiji buah tamar dan terpaksa berjalan berbatu-batu jauhnya untuk menegakkan syiar islam. Mereka telah menjalankan tugas yang paling berat iaitu menanamkan bibit-bibit keislaman dalam jiwa manusia. Bibit-bibit yag ereka Tanami telah menjadi pohon yang rendang pada satu ketika. Apaka kita tidak sanggup membaja, mengairi dan menyegarkan semula pohon yang kini hampir-hampir layu?

Allah s.w.t. telah menjanjikan ganjaran yang banyak kepada orang yang sanggup mengabdikan diri dijalannya. Telah bersabda nabi besar s.a.w. “ sesiapa yang menghabiskan waktu pagi dan petangnya di jalan Allah s.w.t. dia akan menerima ganjaran yang lebih besar daripada dunia ini dan apa-apa yang terkandung didalamnya.” Dalam sebuah hadis lagi, nabi s.a.w. telah bersabda” kaki orang yang diselaputi debu kerana berjuang dijalan Allah s.w.t. tidak akan disambar oleh api neraka .”

Apabila kita mengajari manusia dengan perintah Allah s.w.t., kita sebenarnya telah menjalankan tugas-tugas tabligh. Rasullullah s.w.t. telah bersabda “ apabila orang melihat yang lain melakukan perbuatan-perbuatan yang berdosa dan tidak melarang mereka, Allah s.w.t. akan turunkan azab yang akan menimpa bukan sahaja orang-orang kebanyakkan bahkan orang yang terkenal diantara mereka.”

Friday, May 25, 2012

Keikhlasan Niat




Apabila seseorang hendak melakukan sesuatu yang baik, dia hendaklah melakukannya semata-mata kerana Allah s.w.t. ganjaran bagi niat akan tersemai di sanubari seseorang islam kalau dia meyakini bahawa tiap-tiap kebaikkan yang dilakukan, bakal diterima ganjarannya daripada Allah s.w.t.. Rasullullah s.a.w. telah bersabda “ ganjaran bagi tiap-tiap perbuatan adalah bergantung kepada niat orang yang melakukannya. Tiap-tiap orang diberi ganjaran mengikut niatnya”. Oleh yang demikian kebaikkan yang kita lakukan belum tentu mendapat balasan yang baik. Hanya niat yang baik sahaja akan jmenghasilkan balasan yang baik. Sesuatu perbuatan yang dilakukan untuk mendapatkan pujian orang atau pun inginkan sesuatu di dunia ini, dianggap sia-sia, tidak bermakna dan tidak selayaknya menerima ganjaran daripada Allah s.w.t.. dalam sebuah hadis nabi s.a.w. telah bersabda” semua kebaikkan yang dilakukan oleh manusia akan dihimpunkan di hadapan Allah s.w.t. pada hari kiamat dan kebaikkan yang dilakukan semata-mata kerana Allah .s.w.t. sahaja akan diterima. Yang lain akan dicampakkan ke dalam api neraka.

Perbuatan yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. dikatakan perbuatan ikhlas. Apabila seseorang yang beriman hendak melakukan sesuatu kebajikan. Asa sahaja halangan yang akan ditunjukkan oleh syaitan dihadapannya. Hanya orang yang ikhlas sahaja yang dapat mengatasi rintangan ini. Tiap-tiap orang islam sepatutnya mempunyai keikhlasan bukan sahaja dalam bidang peribadatan bahkan dalam urusan duniawi. Perbuatan makan, minum, tidur, bangun daripada tidur, berjalan dan mencari nafkah sepatutnya diiringi oleh keikhlasan niat. Tetapi keikhlasan ini tidak mudah diperolehi tanpa bercampur gaul denga para auliya’. Seorang ulama kita telah berkata: perhatikan (1) orang yang berpuasa mengharapkan ganjaran Allah s.w.t. sambil inginkan kesihatan badan. (2) orang yang menunaikan fardu haji kerana Allah s.w.t. sambil ingin bersiar-siar di tanah suci.  (3) orang yang bersedekah kerana Allah s.w.t. sambil ingin mendapat pujian orang ramai. Perbuatan di atas ini adalah sia-sia kerana motifnya bukanlah keikhlasan yang tulen. Seorang sahabat nabi s.a.w. bertanya kepada nabi s.a.w. “ apa dia keimanan ?” sebagai menjawab nabi s.a.w. keimanan ialah keikhlasan” dalam sebuah hadis beliau bersabda lakukanlah perbuatan kamu dengan keikhlasan” perbuatan yang sedikit ikhlas mendatagkan ganjaran yang banyak”. Seorang sahabat nabi s.a.w. telah bertanya : “ ya rasul s.a.w. siapakah yang lebih baik? , orang yang mengambil bahagian dalam perang jihad kerana mencari kekayaan atau orang yang mengambil bahagian dalamnya kerana mahukan nama semata2 sebagai menjawab nabi sa.w bersabda orang yang dikatakan berperang dijalan Allah adalah dia yang berperang semata-mata kerana hendak menegakkan kebenaran yang diceritakan oleh Allah s.w.t. dalam Alquran. 


Orang yang dengan perbuatan mereka, mahukan sesuatu yang lain daripada keridhaan Allah s.w.t. ialah orang yang munafik. Nifak ialah sejenis penyakit jiwa dan penyakit ini menjadi punca segala kejahatan. Nabi besar Muhammad s.a.w. bersabda kepada sahabat-sahabatnya pada suatu hari: “ perkara yang paling aku takuti mengenai perbuatan kamu adalah syirik-syirik kecil. “ sahabat-sahabatnya bertanya: apa dia syirik-syirik kecil itu?” beliau menjawab: “ menunjuk-nunjukkan perbuatan kamu yang baik” dalam sebuah hadis lagi beliau berkata “ sesiapa yang menunjuk-nunjukkan sembahyangnya atau puasanya atau sedekahnya, sesungguhnya dia telah melakukan syirik.” Dalam sebuah hadis yang lain. Nabi s.a.w. telah bersabda: “ dalam neraka ada sebuah lubang ngeri sehingga neraka sendiri takut akannya. Orang yang menunjuk-nunjukkan sembahyangnya akan dicampakkan ke dalam lubang ini.      

Monday, May 7, 2012

Memuliakan orang-orang islam

Menghormati orang-orang islam yang lain

Tiap-tiap orang islam mesti menghormati hak-hak rakan-rakan yang seagama dengannya. Dia mesti menghormati tiap-tiap orang islam mengikut umur dan kedudukan orang itu dalam masyarakat. Dalam sebuah hadis, nabi besar Muhammad s.a.w. telah bersabda: “ seseorang yang tidak menghormati orang-orang tua kami, kanak-kanak kami dan ulama-ulama, bukanlah daripada golongan kami.” Dalam sebuah hadis lagi beliau berkata: “ Hanya seorang munafik sahaja yang akan menghinakan tiga jenis manusia ulama’ dan seorang raja yang menjalankan keadilan”.

Menurut Al-Quran dan Hadis, seorang itu sepatutnya mempunyai mempunyai sifat-sifat berikut. Dia mesti menghormati hak-hak orang islam yang lain. Mesti berbahasa dan merendah diri terhadap mereka. Apa yang dibencinya sepatutnya dianggap sebagai kebencian orang islam yang lain. Dia mesti bersih daripada sifat-sifat irihati, dengki dan takbur. Dia mesti bersopan santun terhadap saudara-saudaranya. Dia mesti mencintai mereka sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. Apabila menjumpai saudara-saudaranya, dia sepatutnya memberi salam kepada mereka. Kalau sekiranya mereka melakukan kesalahan terhadapnya patutlah dia memeberi kemaafan dengan segala murah hati. Dia mesti bersabar dan mengelakkan dirinya dari umpat mengumpat. Apabila saudaranya berunding dengannya mengenai sesuatu perkara, dia hendaklah member nasihatnya secara ikhlas dan jujur. Dia sepatutnya menolong orang-orang yang fakir dan miskin. Janganlah dia bergembira apabila saudaranya ditimpa kemalangan. Dia sepatutnya menasihati saudaranya supaya mentaati perintah Allah s.w.t. dan Rasulnya, berbuat baik dan menakutkan mereka teantang azab Allah s.w.t. di hari Kiamat.



Alquran telah menganjurkan supaya penganut-penganut agama islam bersatu padu demi kepentingan dan kesenangan mereka bersama. Misalnya mereka telah diperintahkan supaya memakai pakaian yang elok-elok dan bau-bauan yang harum sebelum menghadiri solat jumaat dan solat dua hari raya. Mereka dilarang melangkah tengkok-tengkok orang yang sedia duduk di masjid-masjid semata-mata hendak duduk di saf hadapan, dilarang duduk diantara dua orang tanpa keizinan mereka, dan dilarang mengambil tempat orang yang tiba di masjid dahulu daripada mereka. Dalam penggal ini tercatit beberapa buah hadis yang membuktikan bahawa islam tidak suka seorang penganutnya menyinggung perasaan saudaranya yang lain. Hadis pertama: “ seorang islam yang tulen tidak akan menyakiti saudaranya samada dengan lidahnya mahupun dengan tangannya dan seorang islam yang tulen tidak akan menyebabkan saudaranya mengalami apa-apa kerugian.” Hadis yang kedua :” seorang itu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga sekira jirannyatidak terselamat daripada kejahatannya.”

Telah berkata rasullullah s.a.w. dalam sebuah hadis “ barangsiapa yang memeberi pertolongan kepada seorang miskin yang menderita, dia akan dikurniakan Allah s.w.t. dengan 23 ganjaran. Hanya satu sahaja sahaja sudah cukup untuk memperbaikki keadaannya di dunia ini. Lagi 22 akan meninggikan darjatnya di kampong akhirat .” dalam sebuah hadis lagi beliau berkata:” apabila seorang islam meninggalkan rumahnya untuk menziarahi seorang islam yang lain, sebanyak 70 000 malaikat akan mengucapkan selamat jalan keadanya dan akan memberkatinya dengan rahmat Allah s.w.t. .” sebuah hadis yang lain berbunyi demikian: “ orang yang melayani sahabat-sahabatnya dengan baik dalam suatu perjalanan, dia nggap sebagai ketua rombongan itu, hanya seorang yang syahid sahaja melebihi darjatnya”.  

   

Tuesday, May 1, 2012

Ilmu berserta zikir

Terdapat dua perkara yang penting dalam pelajaran ini, pertama 'ilmu dan yang kedua zikir. Ada banyak hadis-hadis nabi memberatkan kedua-dua ini misalannya dalam sebuah hadis nabi s.a.w. bersabda" Awas! dunia ini dan segala isinya telah dikutuk oleh Allah s.w.t. melainkan sembahyang, zikir, 'ulama dan penuntut-penuntut 'ilmu agama. Oleh yang demikian tiap-tiap muslim mesti berusaha untuk meninggikan 'ilmu pengetahuannya dan membanyakkan zikir".


Ilmu

Ilmu yang disukai oleh Allah s.w.t. ialah ilmu yang mendekatkan manusia kepadanya. Ilmu yang mensucikan dan menguatkan keimanan seseorang itu sangat-sangatlah diwajibkan ke atas setiap lelaki mahupun perempuan. Apabila setiap hamba Allah s.w.t. menyerahkan dirinya bulat-bulat kepada Allah s.w.t. dan telah berjanji hendak menunaikan segala perintahnya, dia terpaksa mengetahui dan memahami perintah-perintah tadi. Ini memerlukan pengetahuan mengenai solah, puasa, dan haji, perhubungna manusia dengan manusia, kebudayaan islam dan lain-lain lagi. Kejahilan tentang perkara-perkara tadi sudah tentu akan mendorong seseorang muslim kea rah perbuatan yang dianggap berdosa. Selepas ia mendapat ilmu yang tersebut tadi, dia mestilah mengamalkannya. Menurut sebuah hadis, azab yang pedih akan tertimpa kepada penuntut-penuntut agama yang tidak mengamalkan apa yang telah dipelajarinya.


Kelebihan penuntut-penuntut ilmu

Ada banyak hadis yang menyanjung tinggi penuntut-penuntut agama. Pertama “ sesiapa yang memimpin seorang muslim ke jalan yang lurus, dia sesungguhnya telah menunaikan perintah-perintah Allah s.w.t “. Hadis yang kedua “ seseorang muslim yang mempunyai pengetahuan yang lengkap mengenai islam lebih berbahaya kepada syaitan daripada seribu orang aa’bid “. Hadis yang ketiga “ seorang yang menemui ajalnya sebaik-baik sahaja dia melengkapkan dirinya dengan pengetahuan agama akan mencapai darjat yang setingkat sahaja lebih rendah daripada ambiyaa’ a.s. dalam syurga”. Hadis yang keempat “ sebaik-baik kamu ialah dia yang telah mempelajari isi Al-Quran dan mengajarinya kepada orang lain”. Hadis yang penghabisan : “ semuga Allah s.w.t. segerakan dan sihatkan orang yang telah mendapat pelajaran daripada aku dan kemudian menyampaikan kepada orang lain sebagaimana yang telah aku sampaikan kepadanya.

Meninggalkan rumah kerana menuntut ilmu

Berkenaan dengan perkara di atas, nabi s.a.w. telah berkata:” sesiapa yang meninggalkan rumahtangganya kerana hendak menuntut ilmu mengenai agama islam, dia akan di permuliakan sebagai orang yang telah berjihad ke jalan Allah s.w.t.”.
Layanan dan pertolongan yang selayaknya diterima oleh penuntut-penuntut islam
Nabi s.a.w. telah berpesan kepada para sahabatnya:” sudah tentu bahawa jenerasi yang akan dating akan mengikuti kamu sebagaimana telah mengikuti aku. Selepas aku akan dating manusia dari tempat-tempat yang jauh untuk mempelajari ilmu agama. Apabila mereka lawati kamu, layanilah mereka dengan sebaik-baiknya”.

Kelebihan perhimpunan penuntut-penuntut agama

Telah berkata nabi s.a.w. dalam sebuah hadis:” apabila orang-orang berkumpul dirumah Allah s.w.t. iaitu dimasjid lalu membaca kitab Allah s.w.t. diberkati dengan ketenteraman jiwa dan rahmat Allah s.w.t.. Para malaaikat mengelilingi mereka dan mereka diingati oleh Allah s.w.t. 



Zikir

Bahagian kedua daripada pelajaran ketiga ialah zikir. Darjat zikir yang paling tinggi diperolehi oleh orang yang beriman yang sentiasa mengabdikan dirinya kepada Allah s.w.t. serta mengingatinya setiap waktu. Ini dapat dicapai dengan menjalankan segala perintah agama. Orang yang telah menyedari tentang keutamaan zikir tidak akan meninggalkannya walau sesaatpun. Mengenai kelebihan zikir nabi s.a.w. telah berkata kepada seorang sahabat:” sibukkanlah lidah kamu sengan menyebut nama-nama Allah s.w.t. “. Dalam sebuah hadis yang lain, beliau telah bersabda : “ apabila sekumpulan manusia bersurai dengan tidak mengingati Allah s.w.t., mereka telah tadinya duduk di keliling seekor keldai yang telah mati. Perkumpulan itu akan mendatangkan dukacita kepada mereka di hari kiamat”.
Orang yang sebenarnya beriman sepatutnya mengingati Allah s.w.t. setiap masa. Dengan memikirkan segala kejadian Allah s.w.t. dengan membesarkannya dan dengan demikian menguatkan lagi perasaan cinta kepadaNya. Lebih banyak mereka mengingati Allah s.w.t. maka lebih banyaklah pula kebaikkan-kebaikkan yang mereka akan lakukan. Dengan ini keimanan mereka akan menjadi bertambah teguh. Sekiranya doa-doa yang diajari oleh Rasullullah s.a.w. seperti doa sebelum tidur, doa selepas bangun tidur, doa sebelum dan selepas makan, doa memasuki rumah dan keluar dari rumah, doa melakukan perjalanan dan kembali darinya, doa menaiki kenderaan, doa memasuki sebuah pekan atau bandar dan lain-lainnya diamalkan, nescaya usaha mengigati Allah s.w.t. akan bertambahsenang. Segala masa lapang kita mesti dipergunakan untuk membayakkan zikir Allah. Sepatutnya suatu masa yang tertentu, pada tiap-tiap hari dikhaskan untuk bacaan Al-Quran. Bagi orang yang tidak ada masa untuk membaca zikir-zikir di atas, dia sekurang-kurangnya membaca kalimah Toyyibah dan beristighfar pada setiap pagi dan petang. Tetapi orang yang seperti ini mesti ingat masa yang dipergunkan untuk berzikir bukanlah masa yang terbuang dengan sia2 sahaja. Apalah ertinyamasa yang dihabiskan itu kalau dibandingkan dengan ganjaran yang bakal diterima pada hari kemudian kelak.

Keutamaan zikir

Ada beberapa hadis jyang menerangkan keutamaan zikir. Hadis pertama: “ zikir membersihkan dan menerangi jiwa”, hadis kedua: “ zikir melebihi sesuatu yang lain dalam perkara melepaskan manusia dari azab Allah s.w.t. “. Hadis ketiga : “ dikalangan orang yang tidak mengigati Allah s.w.t., orang yang berzikir itu seperti sebuah lampu yang terang disebuah rumah jyang galap”. Hadis keempat :” orang yang memperbayakkan zikirullah lebih disukai daripada orang yang mendermakan hartanya dijalan Allah s.w.t. “.