Kalimah Toyyibah
Kalimah ini ialah suatu pengakuan suci yang
dibuat oleh manusia terhadap Allah s.w.t.. Apabila seseorang mukmin membaca
kalimah ini, dia dengan segala kesungguhan hatinya mengakui yang dia seorang
hamba Allah s.w.t. yang beriman, mematuhi segala perintahnya dan menjauhi
segala larangannya. oleh yang demikian seseorang yang membaca kalimah ini
terpaksa mengingati empat perkara penting yang bersangkut paut dengannya.
1. Dia mesti tahu lafaz-lafaznya dengan tepat,
2. Dia mesti tahu terjemahannya yang tepat,
3. Dia mesti tahu maknanya yang tepat,
4. Dia mesti tahu bagaimana hendak beramal sesuai dengan kehendak-kehendaknya.

Lafaz kalimah Toyyibah
Kalimah ini terbahagi kepada dua bahagian;
1. Laaaaaailaahaillallaah
2. Muhammadurrasullullah
Terjemahan kedua2 bahagian ini ialah " tidak ada sesuatu yang selayaknya disembah melainkan Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w. ialah pesuruhNya yang sebenar.

Makna Kalimah Toiyibah
Apabila seseorang mukmin mengaku tidak ada
sesuatu yang selayaknya disembah melainkan Allah s.w.t., dia sudah semestinya
menyembah hanya Allah s.w.t. sahaja. Dia bukan sahaja tidak boleh menyekutui
Allah s.w.t. dengan sesuatu yanglain bahkan dia tadak boleh mengkompromikan
dasar-dasar islam dengan yang lain. Dia mesti menganggap allah s.w.t. sebagai
pemimpin dan penolongnya, menyerahkan dirinya bulat-bulat kepada Allah s.w.t.,
mematuhi segala perintahnya dan menjauhi segala adat rasminya yang berlawanan dengan
hukum-hukum Allah s.w.t.. Segala urusannya di dunia ini mestilah berdasarkan
ajaran-ajaran Al-Quran. Dia sepatutnya mengharapkan belas kasihan Allah s.w.t.,
menakuti kemurkaannya dan menyakini yang segala gerak langkahnya diperhati oleh
Allah s.w.t..
Seperti yang tersebut di atas tadi bahagian kedua daripada kalimah Toiyyibah berbunyi, " Muhammadurrasullullah", selepas mempercayai keesaan Allah s.w.t. seseorang itu mesti mengikuti segala perintahnya. ini tidak dapat dilaksanakan tanpa menjadikan Muhammad s.a.w. sebagai contoh pimpinannya. Dia menyembah Allah s.w.t. kerana disuruh oleh Muhammad s.a.w. dan Muhammad s.a.w. membawa ajarannya bukan kehendak hatinya atau pun dengan mengikut hawa nafsunya. Mematuhi segala suruhan Muhammad s.a.w. bermakna mematuhi segala perintah Allah s.w.t. dan mencintai Muhammad s.a.w. bermakna mencintai Allah s.w.t.. Pendek kata kepatuhan kepada ajaran nabi besar Muhammad s.a.w. ialah suatu kewajipan bagi seseorang yang membaca dan memahami kalimah syahaadah ini. Segala ajarannya mengenai Malaaikat, Takdir, Syurga, Neraka dan Kejadian-kejadian dalam kubur sepatutnya dipercayai. Dia mencontohi cara hidup Muhammad s.a.w. yang telah diridai oleh Allah s.w.t.,menyeleweng dari tunjuk ajar nabi s.a.w. bermakna menyeleweng dari jalan yang lurus yang mengakibatkan kehilangan kasih Allah s.w.t. terhadapnya.

Kehendak Kalimah Toiyibah
Apabila seseorang muslim telah berpegang
teguh dengan kalimah ini, dia dikatakan telah menjadi seorang mukmin yang
sebenarnya. Dia hendaklah meninggalkan segala larangan Allah s.w.t. dan
mengamalkan suruhannya. Nabi s.a.w. bersabda bahawa kesan yang pertama yang
diperolehi daripada pembacaan Laaaaailaahaillallah ialah meninggalkan
perkara-perkara jyang mungkar.Maka oleh yang demikian seseorang yang membaca
kalimah suci ini seharusnya mengigatinya pada setiap waktu, waktu perkahwinan,
waktu menghadapi maut, waktu hendak tidur, waktu bangun daripada tidur dan
seterusnya.
Faedah Kalimah Toiyibah
Kalimah ini banyak mengandungi faedah
rohani. Mengikut junjungan kita nabi Muhammad s.a.w. " Seafdal-afdal zikir
adalah Laaaaailaahaillallah", Katanya lagi " bacalah kalimah ini
sebanyak seratus kali setiap hari kerana tidak ada kebaikkan yang lebih baik
daripadanya." Dalam sebuah hadis yang lain baginda s.a.w. bersabda"
sesiapa yang membaca kalimah Laaaaailaahaillallah seratus kali pada waktu pagi
dan seratus kali pada waktu petang, ganjaran yang akan diterimanya ialah
sebanyak ganjaran yang diterima oleh orang yang telah membebaskan 10 orang
hamba dari keturunan nabi Ismail a.s. dan dalam sebuah hadis yang lain pula
baginda s.a.w. berkata " Perbaharuilah keimanan kamu dengan membaca
kalimah Laaaaailaahaillallah. dan dengan mengamalkan dengannya.
No comments:
Post a Comment